Perjalanan
Tanggal 13,14,15 dan 16 June 2009,
Menjadi sejarah dan antara kenangan yang terindah. Mungkin perjumpaan ini yang pertama dan terakhir buat saya. Saya tidak berani menjanjikan apa apa..kerana semua itu bergantung pada kekuatan saya menghadapinya. Terima kasih pada sahabat sahabat sekalian. Maafkan diri saya..atas segala kekurangan sikap saya. Tapi percayalah saya sudah berusaha jadi yang terbaik buat kalian.
Dalam ukir senyum dan gelak tawa, saya sering memerhatikan nya. Maaf sekali lagi andai kenakalan mata ini membuat awak tidak selesa.
Terlalu banyak perkara perkara tersirat yang terjadi. Saya cuba belajar menjadi seorang yang lebih tenang dan redha pada setiap kejadian. Dua hari bersamamu..menjadikan saya lebih berpikir. Menjadikan saya lebih memahami. Menjadikan saya lebih menghargai apa itu makna persahabatan.
Menyelami jiwa mu di dalam setiap karyamu..kadangkala membuatkan saya tersentak, membuat saya menyesal, membuat saya menginsafi diri. Kenapa saya terlalu kejam sebelum ini? Mengapa ketamakan diri mendorong saya berperilaku seperti itu dulu? Awak..di kejauhan ini..insyaallah saya akan sentiasa mendoakan kesejahteraan awak. Cuma kadangkala saya..terlepas perilaku..kerana kadangkala saya lupa...saya bukan pilihan awak..atau lebih tepat saya tidak pernah menjadi pilihan awak.
Pepohon menghijau., cuaca yang cerah, udara yang segar. Di manakah saya jiwa saya ketika itu? Liuk lentok dedaun, kenyaringan jeritan unggas, derum pantas kenderaan seolah menberi isyarat..saya hanya sekadar di pinggiran...tapi saya tetap rasa bahagia..kerana dapat melihat awak bahagia...
Selepas ini..saya akan meneruskan perjalan..membawa bersama kenangan terindah, membawa bersama..ngiyangan suaramu, membawa bersama cahaya kecerianmu...walau jauh saya menglangkah..walau deras saya berlari...walau penat saya mendaki...walau melangit saye terbang...ada kenangan yang tetap tersimpan....
No comments:
Post a Comment