Wednesday, June 10, 2009

:(

Sedih la.... :(

Andai dapat saya putar masa ini ...biarlah semua menjadi rahsia..
Malam tadi cahaya bulan menyinari penghuni malam. Saya menyaksikkan kebesaran Allah dan mengaguminya. Subhanallah. Rindu saya padaNya begitu mengasyikkan. Layakkah saya..menerima cintaMu Ya Rahman. Terlalu banyak keluh kesah dalam setiap hembusan nafas sepanjang hidup saya. Terlalu banyak rasa memperbandingkan kekurangan dan kelebihan diri sepanjang hidup saya. Saya kah makhluk tuhan yang tidak bersyukur? Saya terlalu takut dengan kedaifan diri ini.
Dalam layaran fikiran saya sentiasa ada bayangan dia, suara dia, gelak dia, usikan dia, rajuk dia, tangisan dia,nasihat dia, cerita cerita hebat dari dia, teriakan Allah dari dia..Andai dapat saya putar masa ini..biarlah semua apa yang saya rasa menjadi rahsia. Bagaimana saya harus berdepan dengan dia dan dia dan semua yang lain. Bagaimana saya harus menidakkan rasa sebenar saya. Hari itu semakin hampir. Terlalu hampir. Apa yang perlu saya buat. Saya mencari keikhlasan dalam ujian ini. Redhakah saya? Ikhlaskah saya tatkala saya mendoakan kebahagiaan mereka? Dia memang terlalu baik. Dia juga memang terlalu baik. Setiap bait jawapan kalian penuh keredhaan dan keikhlasan. Tapi saya.... "Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik". Saya harus akui itu. Awak terlalu baik..sememangnya awak layak untuk dia...bukan saya.
Bertuahnya menjadi dia. Jika dahulu saya bertanyakan tentang apa awak rasa pada saya..awak begitu berat hendak menjawapnya...tapi tentang dia..jawapan awak membuat saya rasa....
Igauan saya semakin menjadi kenyataan...sukar nya saya hendak mengikhlaskan diri mengikhlaskan awak pergi... Ya Rahman..kasihanilah hamba..jadikanlah hamba redha apa jua ketentuan dariMu.Saya mahu syurgaMU.LIndungilah saya Ya Allah. Jadikanlah saya seikhlas ikhlas hamba kepada saudara sendiri.

No comments: