Monday, February 25, 2008
Wednesday, February 20, 2008
Perempuan yang bercakap dengan ayat-ayat Al-Quran
Lantas anak-anak nye memberi keterangan bahawa ibu kami ini sejak empat puluh tahun yang lalu ia tidak berkata-kata melainkan dengan memakai ayat-ayat Al-Quran, kerana ia takut tegrelincir lidahnye yang menyebabkan ia mendapat kutukan dari Allah. Maha Suci Allah, Tuhan yang Maha Kuasa berbuat menurut sekehendaknya.....
Sebenarnye kisah perempuan yng bercakap dengan ayat-ayat Al-Quran ini panjang...tapi saya hanya mengambil kisah terakhir nya..sahaja.Walaubagaimana pun ia sudah cukup untuk membuat kita berfikir sejenak.. Subhanallah...
Posted by
Cinta
at
12:14:00 AM
0
comments
Monday, February 11, 2008
Kosong
tidak tahu mahu cerita yang bagaimana...kenapa sukar merungkaikan kan persoalan? Kenapa sukar menjawap soalan yang ada jawapannya?
Saya rasa jiwa saya kosong. Saya cuba mengisinya. Tapi mungkin tiada keikhlasan dalam pengisian ini, maka segalanya menjadi sia sia. Kekadang saya rasa tiada masalah. Tapi kekadang saya rasa amat terbeban. Saya cuba memikir apa yang saya mahu dan apa yang patut saya mahu dan juga apa yang boleh saya mahu?
Mungkin silap saya. Belajar untuk membenci tapi akhirnya saya sendiri yang menangis. Sepatutnya saya belajar untuk memaafkan dan melupakan. Membiarkan apa yang berlaku sebagai satu proses kehidupan yang normal.Membiarkan jiwa nya dan hidup nya bahagia walau saya sendiri terluka. Tapi kerana tiada kemantangan dalam membuat keputusan saya rasa saya yang terus menerus menerus menanggung beban. Sedangkan yang di sana saya kira terus bahagia..kerana saya yakin kemampuannya mencari kebahagiaan...ya kebahagian yang lebih hakiki.
Saya akui saya masih merindui nye.....
Posted by
Cinta
at
11:56:00 PM
0
comments
Friday, February 01, 2008
Wednesday, December 12, 2007
BF2
Boy freind kecik (BF)
Kakak: Abng G ( anak buah abng) ada cakap cakap ngan abng tak?
BF1: Tak
Kakak: Dia tak tanya ape ape kat abang?
BF1: Tak. Dia diam aje. Diammmmmm aje.Macam mak usuuuuu...
Mak, kakak, abang ipar: kah kah kah kah kah kah kah
Saya: Ciss aku lagi yang kena ( dalam hati)
Posted by
Cinta
at
2:13:00 PM
0
comments
BF1
Boy friend kecik (BF)
BF1:Ada satu teka teki, rambut nye hitam, pakai baju putih,kaki nye besar dan putih. Apa dia?
BF2: Mak usuuuuuu!!!!!!!
Mak, Kakak, abang: kah kah kah kah kah kah
Saya: kuang hajau ( dalam hati)
Posted by
Cinta
at
2:08:00 PM
0
comments
Friday, November 30, 2007
Karangan hari ini
Sudah lama tidak menulis di blog ini kerana kesuntukan masa.Hmmm..alasan yang lapuk untuk diberikan.Banyak sebab kenapa tidak menulis di blog ini.
Pertama...kesuntukan masa kerana agak sibuk dengan tugasan tugasan harian.
Kedua...kesuntukan masa kerana seringkali kerje di luar.Maklumla modal insan berkualiti.
Ketiga....kesuntukan masa sebab seringkali berkejar dengan date line.
Keempat...kesuntukan masa kerana...tak tahu la ..
Kata orang memang mudah mencipta alasan..
Tapi..kenapa saya rasa sukar pula nak mencipta alasan ...."kenapa saya sudah lama tidak menulis di blog ini..."ha ha ha
Posted by
Cinta
at
1:32:00 PM
0
comments
Tuesday, July 31, 2007
Dunia baru
Sudah hampir tiga minggu saya berada di tempat baru. Alhamdullilah semuanya selamat. Ok nak smabung kerje.
Posted by
Cinta
at
3:11:00 PM
0
comments
Monday, July 02, 2007
Alhamdulillah
Syukur..sedikit demi sedikit saya dapat menempuhnya. Namun perjuangan untuk hidup masih belum berakhir dan tak akan berakhir. Dua minggu yang getir. Terima kasih kepada meraka yang membantu. Bende yang dapat dipelajari dari pengalaman ini ...hidup jangan bergantung pada manusia..peace....hehehe baru dapat gaji ..so nak jenjalan..cuci mata..tak denye nak shopping shopping.. ingat sebelum kering..wassalam..
Posted by
Cinta
at
6:00:00 PM
0
comments
Friday, June 22, 2007
Penat
Saya penat. Besok besok la cerita.Wassalam..nak p opis dah.
Posted by
Cinta
at
1:26:00 PM
0
comments

