Kosong
Sudah lama tidak meluah perasaan di blog ini. Saya tak tahu mahu cerita pasal apa walaupun ada banyak cerita. Namun begitu saya rasa malam ini saya hendak mencatatkan sesuatu dalam blog ini. Tadi saya .....
tidak tahu mahu cerita yang bagaimana...kenapa sukar merungkaikan kan persoalan? Kenapa sukar menjawap soalan yang ada jawapannya?
Saya rasa jiwa saya kosong. Saya cuba mengisinya. Tapi mungkin tiada keikhlasan dalam pengisian ini, maka segalanya menjadi sia sia. Kekadang saya rasa tiada masalah. Tapi kekadang saya rasa amat terbeban. Saya cuba memikir apa yang saya mahu dan apa yang patut saya mahu dan juga apa yang boleh saya mahu?
Mungkin silap saya. Belajar untuk membenci tapi akhirnya saya sendiri yang menangis. Sepatutnya saya belajar untuk memaafkan dan melupakan. Membiarkan apa yang berlaku sebagai satu proses kehidupan yang normal.Membiarkan jiwa nya dan hidup nya bahagia walau saya sendiri terluka. Tapi kerana tiada kemantangan dalam membuat keputusan saya rasa saya yang terus menerus menerus menanggung beban. Sedangkan yang di sana saya kira terus bahagia..kerana saya yakin kemampuannya mencari kebahagiaan...ya kebahagian yang lebih hakiki.
Saya akui saya masih merindui nye.....

No comments:
Post a Comment