Wednesday, June 10, 2009

:(

Sedih la.... :(

Andai dapat saya putar masa ini ...biarlah semua menjadi rahsia..
Malam tadi cahaya bulan menyinari penghuni malam. Saya menyaksikkan kebesaran Allah dan mengaguminya. Subhanallah. Rindu saya padaNya begitu mengasyikkan. Layakkah saya..menerima cintaMu Ya Rahman. Terlalu banyak keluh kesah dalam setiap hembusan nafas sepanjang hidup saya. Terlalu banyak rasa memperbandingkan kekurangan dan kelebihan diri sepanjang hidup saya. Saya kah makhluk tuhan yang tidak bersyukur? Saya terlalu takut dengan kedaifan diri ini.
Dalam layaran fikiran saya sentiasa ada bayangan dia, suara dia, gelak dia, usikan dia, rajuk dia, tangisan dia,nasihat dia, cerita cerita hebat dari dia, teriakan Allah dari dia..Andai dapat saya putar masa ini..biarlah semua apa yang saya rasa menjadi rahsia. Bagaimana saya harus berdepan dengan dia dan dia dan semua yang lain. Bagaimana saya harus menidakkan rasa sebenar saya. Hari itu semakin hampir. Terlalu hampir. Apa yang perlu saya buat. Saya mencari keikhlasan dalam ujian ini. Redhakah saya? Ikhlaskah saya tatkala saya mendoakan kebahagiaan mereka? Dia memang terlalu baik. Dia juga memang terlalu baik. Setiap bait jawapan kalian penuh keredhaan dan keikhlasan. Tapi saya.... "Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik". Saya harus akui itu. Awak terlalu baik..sememangnya awak layak untuk dia...bukan saya.
Bertuahnya menjadi dia. Jika dahulu saya bertanyakan tentang apa awak rasa pada saya..awak begitu berat hendak menjawapnya...tapi tentang dia..jawapan awak membuat saya rasa....
Igauan saya semakin menjadi kenyataan...sukar nya saya hendak mengikhlaskan diri mengikhlaskan awak pergi... Ya Rahman..kasihanilah hamba..jadikanlah hamba redha apa jua ketentuan dariMu.Saya mahu syurgaMU.LIndungilah saya Ya Allah. Jadikanlah saya seikhlas ikhlas hamba kepada saudara sendiri.

Tuesday, June 09, 2009

Siapa di hatiku?

"iye..semua orng bagus..tapi siapa yang bertakhtah di hati, dia yang menang..sekurang mana pun pasangan kita...kalau dia yang ade dalam hati kita..dia lah juara bagi kita..dan sekuat mana pun saya cuba memenangi hati awak..kalau dia yang ada dalam hati awak...saya tetap kalah ... :(" ..


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..gembirakanlah orang yang saya sayang dengan apa cara sekali pun..ampunkan dosa saya Ya Allah..ampunkan dosa saya..
Pedihnya mata saya..hehehe..menangis lagi saya. Sudah lah..doakan lah sahaja..usah di rayu pada yang tak sudi. Tapi air mata ini senang mengalir..bagai halilintar menyambar dada..hehehe..masih berupaya gelak ek? Saya doakan kebahagian kalian insyaAllah..doakan kejayaan saya juga..terima kasih sebab kalian pernah membahagiakan saya..

Saturday, May 30, 2009

Saya SAYANG dia

Saya sayang dia. Saya sayang dia. Sayang saya dia. Saya sayang awak.Saya sayang awak. Saya sayang awak. Saya sayang "orang itu". Ye saya sayang "orang itu". Saya sayang sangat "orang itu".
Tapi dia, awak, "orang itu" tidak sayang saya pun. Sedih kan... Tak pe lah. Ape ape aje lah.

Sedihnya.... lebih sedih... dia, awak, "orang itu" sayang orang lain.

Awak..saya sebenarnya nak tanya.."awak sayang saya tak"? Noktah!

Wednesday, May 13, 2009

Aku di bius cinta

"Perlukah saya tunggu dia sampai hujung tahun ini?" "Kenapa mesti ada tempoh? Itu ke tanda awak sayang seseorang. Kalau saya sayang seseorang saya akan tunggu dia sampai ke satu tahap dia betul betul bukan milik kita."

Erm... kepala saya betul betul berserabut. Berbagai persoalan menjengah di kepala. Apa yang perlu saya buat. Terus setia mengharapkannya? Padahal saya tahu saya sudah tiada dalam kamus hati hidup nya. Perlukan saya terus menunggu. Saya tidak mahu hidup dalam mimpi. Saya perlu berpijak di bumi yang nyata. Saya juga punya impian, harapan dan cita cita. Erm..entahlah..walaupun keputusan diri tidak mahu terus menunggunya..tapi mengapa saya masih tidak mahu buka hati ini pada insan lain. Tanpa saya sedari... saya sebenarnya masih mengharapkannya...dan terus menantikannya.

Saya berkali berkali memujuk diri.. yakin lah bahawa jodoh pertemuan adalah rahsia Allah yang sudah di tetapkan sejak azali lagi. Saya melihat cahaya bulan. Saya mengira bintang. Saya tersenyum sendirian. Tapi bila teringat detik detik manis pershabatan kami, hati saya menjadi begitu sayu. Hati saya meruntum merinduinya. Jiwa saya resah..memikirkannya. Dada saya sebak..menyesal kekhilafan diri. Andai dapat saya putar masa ini, ingin saya memulakannya semula. Menjadi pendengar setia pada cerita cerita nya. Menjadi pencerita ketika dia mahu kan hiburan. Menangis bersama ketika dia sedih. Ketawa bersama tatkala kejayaan bersamanya. Senyum bersama sama ketenangan jiwanya. Tapi..semuaitu semakin jauh meninggalkan kami. Dia semakin menjauhkan diri. Dia semakin pantas mencipta kejayaan. Hanya saya yang masih setia menunggu di persimpangan yang tiada petunjuk. Hanya saya yang berusaha menyalakan obor pelita.
Saya terus terdiam,tertunduk dan rebah. Rebah bersama impian yang masih tidak kesampaian. Dalam keadaan diri yang tersungkur...subhanallah..saya masih mampu menadah tangan..memohon keampunan diri dan memdoakan yang terbaik buat semua.

Tuesday, April 14, 2009

April Fool

Pertemuan pertama ini amat bermakna buat saya. Saya rasa amat dihargai. Saya dapat rasakan kasih sayang seorang ayah. Saya juga dapat rasakan kasih seorang abang.
Pertama kali saya melihatnya....hati saya sebak. Itukah orangnya? Saya tidak sampai hati melihatnya secara keseluruhan. Saya melihat wajahnya yang tenang, tiada sedikit pun garis garis kerisauan, kehampaan dan kekecewaan dengan apa yang telah berlaklu pada diri nya. Saya kagum dengan ketabahannya. Saya rasa berdebar dan sedikit terkesima. Dia semakin hampir. Hampir dengan senyuman. Senyuman yang membuatkan saya rasa amat di terima. Dada saya berombak tenang namun sedikit kalut. Orang yang ingin saya jumpa sudah berada di depan mata. Saya bimbang ada mutiara jernih mengalir. Namun saya tahan sedaya boleh. Saya bersyukur dengan pertemuan ini. Saya sehabis daya cuba mendampinginya walaupun saya tahu saya tidak mampu seperti yang dia harapkan, namun percayalah itu adalah saya. Saya berasa amat selesa tatkala bersamanya, walaupun masih di kekang rasa malu. Pertemuan pertama, namun saya merasakan hati saya begitu dekat dengan nya. Dia menunjukkan apa yang ada pada diri nya, apa yang tinggal pada diri nya. Akan tetapi saya antara dengar dengan tidak dengar kerana masih tidak percaya dengan pertemuan ini. Banyak perkara yanag hendak saya bualkan, nyatakan dan lakukan bersamanya. Namun banyak perkara jua yang menghalang saya. Dia memang terlalu istimewa buat saya. Ya Allah jika dia yang terbaik buat saya, berilah saya kekuatan dan jalan, jika tidak sekalipun, bahagiakanlah dia dengan apa cara sekalipun kerna saya tahu semua itu adalah atas kehendakmu. Saya sayang dia tapi saya tidak mampu bertindak lebih dari itu kerna keputusan di tangannya. Setakat pertemuan ini yang saya mampu lakukan. Kerana niat pertemuan saya adalah atas namaMU. Pertemuan pertama kamu berakhir dengan lambaian dan senyuman perpisahan diiringi deruman enjin keretanya meninggalkan saya. Begitu pantas masa berlalu. Saya mahukan pertemuan seterusnya, pertemuan yang lebih istimewa..tp...saya sedar saya bukan pilihannya.

1 April 2009

Wednesday, March 25, 2009

Suara hatiku

Ya Allah pilu nye hati saya. Awak, sebab saya sayang lah saya buat begitu walaupun sebenar nya hati saya begitu berat. Awak tanye jikalau berat kenapa suruh..saya tak suruh cuma kerana terlalu sayang kan awak lah..saya buat begitu. Awak tak nampak macam mana bercucuran air mata saya tatkala saya menyampaikan cerita itu pada awak. Tapi saya sedar..saya bukan sapa sapa pada awak. Saya tak pandai menjaga hati awak. Saya selalu buat awak sedih. Saya selalu meragui awak. Saya selalu bersangka buruk pada awak. Saya tidak pandai memujuk seperti dia. Saya bukan sahabat yang baik buat awak. Melihat itu semua saya menjadi malu pada diri sendiri. Siapa saya untuk awak? Sedangkan dia lebih sempurna. Semua orang mendoakan kebahagian awak dengan dia. Tapi saya? Dapat tak awak bayangkan macam mana perasaan saya terpaksa berpura pura gembira dengan semua itu. Mungkin silap saya..mengharapkan sesuatu yang terlalu sukar menjadi milik saya. Awak di puja insan insan permerhati seperti saya.Tapi saya? Terus memendam rasa..kerana kedhaifan diri saya sendiri. Awak terlalu baik. malah dia juga terlalu baik. Tapi saya?

Tapi saya harus kuat untuk semua ini. Sayang saya hanya mainan dunia. Saya kena sedar..apa yang berlaku sudah tertulis olehNYA. Hanya itu lah kekuatan saya. DIA yang menghadirkan perasaan ini. DIA juga yang berkuasa menghilangkan perasaan ini. DIA yang menghadiahkan saya perasaan ini. Dan DIA jualah yang berhak mengambil nya semula.



Matahariku

Monday, February 09, 2009

Terima kasih

Terima kasih kerana buat keputusan untuk saya. Saya tahu memang sukar untuk menerima saya seadanya.


Cinta Tak Bersyarat - Element

Friday, February 06, 2009

Tega nya awak..keras nya saya..

Tak suka cakap je lah tak suka. Jangan berbicara tentang kejujuran jika diri sendiri tak pernah jujur. Saya tak minta awak paham saya..tapi terimalah saya seadanya, kerana saya sendiri tidak paham diri saya. Sekian terima kasih...

p/s: maafkan saya, saya memang emosional sekarang.

Thursday, February 05, 2009

Tuesday, February 03, 2009

Sabar itu separuh daripada iman

"Sat.."
"Saya busy.."
"Saya busy sangat.."
"Saya memang busy tadi.."
"Nak tido,.. besok nak keluar awal..ada banyak keje.."
"Nur lambat..saya dah nak keluar..lapar..tidak makan lagi..."

Saya percaya..hidup ini umpama roda.. adakala nya kita di atas dan adakala nya di bawah...ruang dan peluang boleh di beri..tapi..ingatlah bila bila masa sahaja, nikmat itu akan di ambil semula..saya harap..bila tiba masa itu..kita sama sama tidak menyesal..saya harap awak gembira dengan apa jua tindakkan awak..kerana saya sudah penat untuk bersedih.