Monday, March 03, 2008

Saya tidak mahu

Saya tidak mahu berperilaku seperti itu. Itu bukan saya. Saya tidak begitu. Saya rindukan saya yang dulu. Kemanakah ia menghilang. Kemana ia membawa haluannya. Saya ingin menjadi...saya yang dulu. Saya tidak begini...saya keliru...saya rasa tertipu..saya rasa menyesal...saya rasa bersalah.. saya memerlukan pembimbing. Tapi siapakah yang sudi membimbing saya. Saya rindu pada sesuatu yang hilang. Saya mencari mencari arah yang hilang. Saya seolah olah sesat pada jalan yang lurus...saya meraba pada terang cahaya..saya..keciwa pada sesuatu yang membahagiakan..saya tidak tahu..apa yang saya mahu...saya benar benar keliru...Ya Allah..dosa apakah yang menghalang ketengan dalam hidup saya ini?

Monday, February 25, 2008

Maafkan saya sahabat

Buat sahabat moga kau tenang di sana...Al-Fatiha.Namun rasa terkilan masih menebal di hati ini. Seminggu sebelum pemergian arwah..sms yang dihantar kepada saya tidak saya balas. Siapa sangka itulah sms terakhir yng saya terima darinya. Seminggu selepas itu baru saya membalas sms arwah kerana ingin mengucapkan selamat menyambut bulan puasa. Namun adik arwah mengkhabarkan arwah baru sahaja kembali kepada Nya pagi tadi. Hari kedua dalam bulan Ramadhan bersamaan hari Jumaat. Semoga arwah di tempatkan dalam kalangan kalangan orang beriman.

Wednesday, February 20, 2008

Perempuan yang bercakap dengan ayat-ayat Al-Quran

....maka aku menjawap: " Sekarang manakanmu ini haram bagiku sehingga kamu terangkan kepadaku ibu kamu ini yang tidak mau berkata-kata, biasa seperti kita'
Lantas anak-anak nye memberi keterangan bahawa ibu kami ini sejak empat puluh tahun yang lalu ia tidak berkata-kata melainkan dengan memakai ayat-ayat Al-Quran, kerana ia takut tegrelincir lidahnye yang menyebabkan ia mendapat kutukan dari Allah. Maha Suci Allah, Tuhan yang Maha Kuasa berbuat menurut sekehendaknya.....

Sebenarnye kisah perempuan yng bercakap dengan ayat-ayat Al-Quran ini panjang...tapi saya hanya mengambil kisah terakhir nya..sahaja.Walaubagaimana pun ia sudah cukup untuk membuat kita berfikir sejenak.. Subhanallah...

Monday, February 11, 2008

Kosong

Sudah lama tidak meluah perasaan di blog ini. Saya tak tahu mahu cerita pasal apa walaupun ada banyak cerita. Namun begitu saya rasa malam ini saya hendak mencatatkan sesuatu dalam blog ini. Tadi saya .....
tidak tahu mahu cerita yang bagaimana...kenapa sukar merungkaikan kan persoalan? Kenapa sukar menjawap soalan yang ada jawapannya?
Saya rasa jiwa saya kosong. Saya cuba mengisinya. Tapi mungkin tiada keikhlasan dalam pengisian ini, maka segalanya menjadi sia sia. Kekadang saya rasa tiada masalah. Tapi kekadang saya rasa amat terbeban. Saya cuba memikir apa yang saya mahu dan apa yang patut saya mahu dan juga apa yang boleh saya mahu?
Mungkin silap saya. Belajar untuk membenci tapi akhirnya saya sendiri yang menangis. Sepatutnya saya belajar untuk memaafkan dan melupakan. Membiarkan apa yang berlaku sebagai satu proses kehidupan yang normal.Membiarkan jiwa nya dan hidup nya bahagia walau saya sendiri terluka. Tapi kerana tiada kemantangan dalam membuat keputusan saya rasa saya yang terus menerus menerus menanggung beban. Sedangkan yang di sana saya kira terus bahagia..kerana saya yakin kemampuannya mencari kebahagiaan...ya kebahagian yang lebih hakiki.
Saya akui saya masih merindui nye.....

Friday, February 01, 2008

Wednesday, December 12, 2007

BF2

Boy freind kecik (BF)
Kakak: Abng G ( anak buah abng) ada cakap cakap ngan abng tak?
BF1: Tak
Kakak: Dia tak tanya ape ape kat abang?
BF1: Tak. Dia diam aje. Diammmmmm aje.Macam mak usuuuuu...
Mak, kakak, abang ipar: kah kah kah kah kah kah kah
Saya: Ciss aku lagi yang kena ( dalam hati)

BF1

Boy friend kecik (BF)
BF1:Ada satu teka teki, rambut nye hitam, pakai baju putih,kaki nye besar dan putih. Apa dia?
BF2: Mak usuuuuuu!!!!!!!
Mak, Kakak, abang: kah kah kah kah kah kah
Saya: kuang hajau ( dalam hati)

Friday, November 30, 2007

Karangan hari ini

Sudah lama tidak menulis di blog ini kerana kesuntukan masa.Hmmm..alasan yang lapuk untuk diberikan.Banyak sebab kenapa tidak menulis di blog ini.
Pertama...kesuntukan masa kerana agak sibuk dengan tugasan tugasan harian.
Kedua...kesuntukan masa kerana seringkali kerje di luar.Maklumla modal insan berkualiti.
Ketiga....kesuntukan masa sebab seringkali berkejar dengan date line.
Keempat...kesuntukan masa kerana...tak tahu la ..
Kata orang memang mudah mencipta alasan..
Tapi..kenapa saya rasa sukar pula nak mencipta alasan ...."kenapa saya sudah lama tidak menulis di blog ini..."ha ha ha

Tuesday, July 31, 2007

Dunia baru

Sudah hampir tiga minggu saya berada di tempat baru. Alhamdullilah semuanya selamat. Ok nak smabung kerje.

Monday, July 02, 2007

Alhamdulillah

Syukur..sedikit demi sedikit saya dapat menempuhnya. Namun perjuangan untuk hidup masih belum berakhir dan tak akan berakhir. Dua minggu yang getir. Terima kasih kepada meraka yang membantu. Bende yang dapat dipelajari dari pengalaman ini ...hidup jangan bergantung pada manusia..peace....hehehe baru dapat gaji ..so nak jenjalan..cuci mata..tak denye nak shopping shopping.. ingat sebelum kering..wassalam..