Maafkan saya sahabat
Buat sahabat moga kau tenang di sana...Al-Fatiha.Namun rasa terkilan masih menebal di hati ini. Seminggu sebelum pemergian arwah..sms yang dihantar kepada saya tidak saya balas. Siapa sangka itulah sms terakhir yng saya terima darinya. Seminggu selepas itu baru saya membalas sms arwah kerana ingin mengucapkan selamat menyambut bulan puasa. Namun adik arwah mengkhabarkan arwah baru sahaja kembali kepada Nya pagi tadi. Hari kedua dalam bulan Ramadhan bersamaan hari Jumaat. Semoga arwah di tempatkan dalam kalangan kalangan orang beriman.