Friday, May 04, 2007

Wasiat

Ada sebuah wasiat yang paling baik di antara wasiat wasiat yang diriwayatkan dari wanita Arab, iaitu wasiat Umamah binti Al Harith untuk puterinya Ummu Iyyas binti A'uf pada malam perkahwinannya. Dalam wasiatnya di berkata:
  • Patuhlah kepada suami dengan apa adanya dan mendengar kata katanya dengan baik disertai ketaatan.
  • Sentialah engkau memperhatikan pandangan mata dan ciuman hidung suami, jangan sampai matanya memandang darimu sesuatu yang buruk, dan jangan sampai dia mencium darimu melainkan wangi yang paling sedap.
  • Sentiasalah engkau perhatikan waktu tidur dan makannya, kerana kelaparan akan membuatnya garang dan kekurangan tidur akan membuatnya mudah marah.
  • Jagalah hartanya dan peliharalah keluarga dan anak anaknya. Adapun hal terpenting berkiatan dengan hartanya adalah mengaturnya dengan baik dan berkaitan dengan anak anaknya adalah memelihara meraka dengan baik.
  • Janganlah sesekali melanggar perintahnya dan jangan menyebarkan rahsianya, kerana bila engkau melanggar perintahnya, maka engkau telah menyempitkan dadanya, dan bila englau menyebarkan rahsianya, maka engkau mengkhianati amanatnya. Dan jangan sekali sekali engkau bersukacita di hadapanya bila dia sedang bersedih, dan jangan pula engkau menampakkan kesedihan dan wajah masam ketika dia sedang gembira.

2 comments:

Kemat said...

'wangi paling sedap' wangian aper tu ek..

Cinta said...

berwangi wangi tuk somi le.. berhias tuk somi..