Sunday, February 25, 2007

Makan, minum dan tidur kekasihku

Dalam makan dan minum Rasulullah (s.a.w) tidak menolak apa yang ada dan tidak berpayah payah dengan apa yang tidak ada. Apa sahaja makanan yang baik yang dihidangkan kepadanya beliau akan makan kecuali seleranya tidak menerima, maka beliau akan meninggalkan makanan itu tanpa mengharamkannya. Beliau tidak pernah mengeji sesuatu makanan; jika beliau suka beliau makan dan jika beliau tidak suka beliau tinggalkannya sebagaimana beliau tinggalkan makanan biawak pasir, kerana tidak biasa memakannya tetapi beliau tidak mengharamkannya kepada umatnya, malah pernah biawak itu dimakan dalam hidangan hidangan, sedangkan beliau melihat sahaja. Beliau makan manisan manisan dan madu dan kedua kedua makanan itu sangat disukainya. Beliau makan tamar muda dan tamar masak, beliau minum susu; kadang kadang susu sajaha dan kadang kadang dicampur madu dan air rendaman buah tamar. Beliau makan bubur yang diperbuat daripada susu dan gandum. Beliau makan mentimun dengan tamar muda. Beliau makan susu kering yang dibekukan, makan tamar dengan roti dan makan roti dengan cuka. Beliau makan daging dengan minyak sapi. Beliau makan keju dan makan roti dengan minyak. Beliau makan tembikai dengan tamar muda dan suka makan tamar dengan mentega. Beliau tidak menolak makanan yang baik dan tidak pula berpayah payah dengannya, bahkan adat beliau ialah makan apa yang mudah dan jika tidak ada beliau bersabar.
Rasulullah (s.a.w) kadang kadang tidur di atas tilam, kadang kadang dia atas hamparan kulit, kadanag kadang di atas tikar, kadang kadang di atas tanah, kadang kadang di atas ranjang, kadang kadang di atas pasir dan kadang kadang di atas kain hitam.
Riwayat A'ishah (r.'anha)

No comments: