Sunday, February 25, 2007

Makan, minum dan tidur kekasihku

Dalam makan dan minum Rasulullah (s.a.w) tidak menolak apa yang ada dan tidak berpayah payah dengan apa yang tidak ada. Apa sahaja makanan yang baik yang dihidangkan kepadanya beliau akan makan kecuali seleranya tidak menerima, maka beliau akan meninggalkan makanan itu tanpa mengharamkannya. Beliau tidak pernah mengeji sesuatu makanan; jika beliau suka beliau makan dan jika beliau tidak suka beliau tinggalkannya sebagaimana beliau tinggalkan makanan biawak pasir, kerana tidak biasa memakannya tetapi beliau tidak mengharamkannya kepada umatnya, malah pernah biawak itu dimakan dalam hidangan hidangan, sedangkan beliau melihat sahaja. Beliau makan manisan manisan dan madu dan kedua kedua makanan itu sangat disukainya. Beliau makan tamar muda dan tamar masak, beliau minum susu; kadang kadang susu sajaha dan kadang kadang dicampur madu dan air rendaman buah tamar. Beliau makan bubur yang diperbuat daripada susu dan gandum. Beliau makan mentimun dengan tamar muda. Beliau makan susu kering yang dibekukan, makan tamar dengan roti dan makan roti dengan cuka. Beliau makan daging dengan minyak sapi. Beliau makan keju dan makan roti dengan minyak. Beliau makan tembikai dengan tamar muda dan suka makan tamar dengan mentega. Beliau tidak menolak makanan yang baik dan tidak pula berpayah payah dengannya, bahkan adat beliau ialah makan apa yang mudah dan jika tidak ada beliau bersabar.
Rasulullah (s.a.w) kadang kadang tidur di atas tilam, kadang kadang dia atas hamparan kulit, kadanag kadang di atas tikar, kadang kadang di atas tanah, kadang kadang di atas ranjang, kadang kadang di atas pasir dan kadang kadang di atas kain hitam.
Riwayat A'ishah (r.'anha)

Thursday, February 22, 2007

Secebis pengkongsian

Abah: Tiada amalan tanpa ilmu (maksud hadis). Bila tiada pengetahuan sembahyang untuk apa, maka kita hanya buat sahaja. Dalam fardhu ain, apa yang mesti kita belajar ialah ilmu seperti tasawuf. Fiqah dan ussulluddin. Ussuludin adalah ilmu mengenal diri ataupun Allah, sebagai contoh malaikat di jadikan dari ape, jin dari ape dan manusia itu sendiri dari ape dan juga sifat 20 ( tauhid juga adalah usul). Tasawuf adalah untuk meninggakatkan atau mengeathui pahala dan dosa iaitu mengetahui hukum wajib, sunat, harus, makruh, halal dan haram. Maka beragama itu bermula dari mengenal Allah dan mengenal Allah itu bermula dari mengenal diri. Bagaimana mahu mengenal diri dan Allah itu adalah bermakrifat atau erti kata lain muhasabah diri. Sebagai contoh dengan bertanyakan siapa kita dan siapa Dia. Ilmu itu pula daaing dari Al-quran dan Al-hadis. Sesungguhnye rukun imam bila dihimpunkan atau dikecilkan adalah berimam kepada Allah dan beriman kepada Muhammad (SAW). Percaya pada Allah itu adalah percaya bahawa Allah itu satu dan percaya firmannya. Al-quran itulah firmannya atau kata kata nya. Percaya pada rasul adalah yakin bahawa dialah rasul dan percaya akan kata kata nya. Allah menyampaikan wahyu melaui jibrail. Maka melaluinya kita wajib percaya pada malaikat. Dinyatakan dalam Al-quran wajib percaya pada hari akhirat. Qodho qadha wajib dipercayai kerana segala perjalanan hidup kita adalah ketetapan dan ketentuanya.
Makrifat diri bermula dengan memahami kejadian Nabi Adam alaihi ws. Nabi Adam dijadikan dari tanah, kemudian ditiupkan roh. Setelah ditiupkan roh, Nabi Adam hanya bisa bernyawa tapi tidak bergerak. Lalu Allah berikan sifat yang 7. Sifat yang 7 itu Allah sandarkan pada Nabi Adam. Ini bermakna tidak ada apa apa pada diri manusia melainkan jasad yang mati. Dengan itu solat kita adalah tanda terima kasih dan penyerahan diri kerana diberi peluang hidup oleh Allah. Di beri peluang memilih kerana hanya di dunia ini saje kita boleh memilih. Memilih akan rahmatnya atau azabnya. Dengan itu bila seseorang yang telah mengenal diri sedalam dalamnya apabila ditanya biasanya dia akan menjawap “saya berkata kata denagan qalam Allah (sifat berkata kata Allah) yang disanarkan pada saya”. Inilah yang dikatakan mengkamilkan diri ( mengecilkan atau merendahkan diri). Apa yang kita boleh lakukan maka Allah lebih boleh dari apa yang kita bisa lakukan. Kita mendenagr..sesungguhnya Allah itu maha mendengar. Itu yang diakatakan mengenal Allah bermula dari mengenal diri.
Sebagai manusia kita banyak kehendak yang bernafsu. Berkehendak itu adalah salah satu sifat Allah. Allah sandarkan sifat kehendak pada manusia. Manusia melihat kerana Allah sandarkan sifat melihat pada manusia. Manusia berdiri dengan kaki. Anak patung jua mempuanyai kaki tapi tidak bisa berdiri jika manusia tidak mendirikannya. Maka dengan itu walaupaun manusia mempunyai kaki, tanpa sifat berdiri yang Allah sandarkan, kita tidak biss berbuat apa apa. Sebagai kesimpulan, asas manusia boleh hidup dengan adanya sifat Allah yang disandarkan pada kita. Jikalau sifat sifat itu tiada ke kuburla tempat kita. Jikalau masih tiada kesedaran tentang ini akan timbullah rasa, apa yang kita buat semuanya betul, menjadi sombong, bongkak dan takabur.
Sebagai pelajar kalau dah lulus dalam peperiksaan bagaimana boleh lulus? Kita kene berusaha, beriktikad ( doa bersungguh sungguh) dan bertawakal. Sudah belajar bersungguh sungguh, berdoa dan bertawakal? Kalau sudah maka terima sahaja seadanya. Oleh itu renung sendiri diri kita adalah kita solat kerana syurga dan neraka nya semata mata atau kerana syukur padanya.
Mengenal diri perlu ada practicalnya, perlu diperkuat dengan tiga perkara iaitu akal, jiwa dan perasaan Akal itu adalah sifat, jiwa itu adalah diri dan perasaan itu gabungan dari keduanya…

Cinta: erk…tak mahu sambung lagi la. :) sambung lain kali..dah penat hehehe…
Abah: ok..cukup untuk setakat ini dulu..kita akhiri dengan surah Al-ashr

Wednesday, February 21, 2007

Putus sudah kasih sayang

"Saya bukan benci dan tak pernah membenci sesiapa. Cuma tidak mahu awak jauh berhasrat dan berharap. Jadi saya buat demikian tujuan untuk awak juga. Tumpukan pada pelajaran. Saye doakan kesejahteraan awak dan bakal yang awak akan jumpa kelak. Moga bersama dunia akhirat..."

Cinta tersenyum. Diam. Dalam gelap menonton televisyen. Dengan pandangan yang kosong. Terasa air jernih mengalir. Akhirnya Cinta tewas. Putus sudah kasih sayang.