Wednesday, March 25, 2009

Suara hatiku

Ya Allah pilu nye hati saya. Awak, sebab saya sayang lah saya buat begitu walaupun sebenar nya hati saya begitu berat. Awak tanye jikalau berat kenapa suruh..saya tak suruh cuma kerana terlalu sayang kan awak lah..saya buat begitu. Awak tak nampak macam mana bercucuran air mata saya tatkala saya menyampaikan cerita itu pada awak. Tapi saya sedar..saya bukan sapa sapa pada awak. Saya tak pandai menjaga hati awak. Saya selalu buat awak sedih. Saya selalu meragui awak. Saya selalu bersangka buruk pada awak. Saya tidak pandai memujuk seperti dia. Saya bukan sahabat yang baik buat awak. Melihat itu semua saya menjadi malu pada diri sendiri. Siapa saya untuk awak? Sedangkan dia lebih sempurna. Semua orang mendoakan kebahagian awak dengan dia. Tapi saya? Dapat tak awak bayangkan macam mana perasaan saya terpaksa berpura pura gembira dengan semua itu. Mungkin silap saya..mengharapkan sesuatu yang terlalu sukar menjadi milik saya. Awak di puja insan insan permerhati seperti saya.Tapi saya? Terus memendam rasa..kerana kedhaifan diri saya sendiri. Awak terlalu baik. malah dia juga terlalu baik. Tapi saya?

Tapi saya harus kuat untuk semua ini. Sayang saya hanya mainan dunia. Saya kena sedar..apa yang berlaku sudah tertulis olehNYA. Hanya itu lah kekuatan saya. DIA yang menghadirkan perasaan ini. DIA juga yang berkuasa menghilangkan perasaan ini. DIA yang menghadiahkan saya perasaan ini. Dan DIA jualah yang berhak mengambil nya semula.



Matahariku

Monday, February 09, 2009

Terima kasih

Terima kasih kerana buat keputusan untuk saya. Saya tahu memang sukar untuk menerima saya seadanya.


Cinta Tak Bersyarat - Element

Friday, February 06, 2009

Tega nya awak..keras nya saya..

Tak suka cakap je lah tak suka. Jangan berbicara tentang kejujuran jika diri sendiri tak pernah jujur. Saya tak minta awak paham saya..tapi terimalah saya seadanya, kerana saya sendiri tidak paham diri saya. Sekian terima kasih...

p/s: maafkan saya, saya memang emosional sekarang.

Thursday, February 05, 2009

Tuesday, February 03, 2009

Sabar itu separuh daripada iman

"Sat.."
"Saya busy.."
"Saya busy sangat.."
"Saya memang busy tadi.."
"Nak tido,.. besok nak keluar awal..ada banyak keje.."
"Nur lambat..saya dah nak keluar..lapar..tidak makan lagi..."

Saya percaya..hidup ini umpama roda.. adakala nya kita di atas dan adakala nya di bawah...ruang dan peluang boleh di beri..tapi..ingatlah bila bila masa sahaja, nikmat itu akan di ambil semula..saya harap..bila tiba masa itu..kita sama sama tidak menyesal..saya harap awak gembira dengan apa jua tindakkan awak..kerana saya sudah penat untuk bersedih.

Thursday, January 22, 2009

Amin Ya Rabbal A'lamin

Saya saja bertanya mengenai ilmu i'rob. Hehehehe pakcik tuh memang tak mahu bagi..kerana..tentang ini saya ada jawapan nye kenapa. Tapi..pakick ini memberi saya satu doa..saya tidak pasti doa apa..kerana tidak sempat bertanye..tapi saya amat suka..dengan bait bait ayatnya. Kalau saya ada masa nanti saya selidiklah mengenainya K!!

Doa Jodoh
Seandainya telah engkau catatkan
Dia milikku tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagian antara kami
Agar kemesraan itu abadi
Dan Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi
Tetapi Ya Allah
Seandainya telah engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan
Serta Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku bisa bahagia
Walaupun tanpa bersama dengannya
Dan Ya Allah Yang Tercinta
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya
Ya Allah Ya Tuhanku
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini
Ya Allah
Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini
Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini mahupun di akhirat
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yg beriman
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina
kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh
Amien

Monday, January 05, 2009

Sajak sempoiku

Aku sekadar manusia biasa,
Aku hanya insan yang biasa,
Aku tidak seperti mereka, mereka lain, aku lain,
Aku tidak tahu apa ada pada diri mereka,
AKu juga tidak tahu apa ada pada diriku,
Namun aku tahu, aku manusia, dan manusia semestinya punya rasa, hati dan perasaan.

Aku tidak tahu apa aku rasa,
Tapi aku yakin aku mempunyai rasa.
Aku tidak tahu apa ada pada hatiku,
Tapi aku yakin aku mempunyai hati.
Aku tidak tahu apa perasaanku ketika ini,
Tapi aku mempunyai perasaan tatkala melihat kesedihan dan kegembiraan.

Aku sekadar manusia biasa, yang mempunyai rasa, hati dan perasaan.
Perbezaanya aku tidak dapat menilai dengan sedalam nya kerana ia adalah rahsia antara aku dan yang Maha Pencipta.

Friday, December 05, 2008

Dulu, kini mungkin selamanya..

Dua tahun yang lalu...
"Saya bukan benci dan tak pernah membenci sesiapa. Cuma tidak mahu awak jauh berhasrat dan berharap. Jadi saya buat demikian tujuan untuk awak juga. Tumpukan pada pelajaran. Saye doakan kesejahteraan awak dan bakal yang awak akan jumpa kelak. Moga bersama dunia akhirat.."

Beberapa minit yang lalu...
"Tidak mengapalah..saya lebih rela melihat awak bahagia dengan insan yang lebih sempurna...insyallah...maafkan diri ini seadanya.."

Jawapan yang hampir sama..wajah yang hampir sama..keperibadian yang hampir sama..

Kalaulah dengan kejujuran begini akhirnya...saya ucapkan terima kasih awak. Nampak nya pengalaman lalu tidak mampu mengajar saya sepenuhnya. Saya seolah tewas untuk kali kedua. Saya benci makna kejujuran...kejujuran buat saya kecewa..kejujuran buat saya sedih..kejujuran buat saya....

Tuesday, December 02, 2008

Ada dalam tiada.

Biarlah "ayat ayat cinta" saya yang bercerita..kerana saya perlu yakin pabila tiba masa nya kita semua kan tahu setiap inci dan cebis pada setiap tanda tanya dan apa jua persoalan. Maafkan saya, saya tidak mampu menjawap pada sesuatu yang saya sendiri tidak pasti. Sehinggakan saya juga tidak pasti, benarkah saya tidak pasti, atau saya buat buat tidak pasti atau memang saya pasti tapi saya tidak pasti adakah saya pasti atau tidak. Terlalu sukar bukan?
Pengalaman lalu membuatkan saya takut pada jawapan saya sendiri...membuatkan saya takut pada keputusan saya sendiri. Saya memerlukan jawapan dan keputusan orang lain. Saya memerlukan orang lain membawa saya lari jauh dari kesetiaan saya pada kisah yang lampau. Izinkan "ayat ayat cinta" saya terus bercerita. Mungkin dari situ kita sama sama menemui jawapan bagi setiap kemusykilan. Kerana sekali "ada" jawapan nya kita sudah tidak mampu menidakkan dan menafikan nya.

Ayat Ayat Cinta-Rossa
Desir pasir di padang tandus segersang pemikiran hati terkisah ku di antara cinta yang suci
Bila keyakinan ku datang kasih bukan sekedar cinta pengorbanan cinta yang agung kupertaruhkan
Maafkan bila ku tak sempurna cinta ini tak mungkin ku cegah ayat ayat cinta bercerita cinta ku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama namun harus ku tingalkan cinta ketika ku bersujud.

Monday, November 17, 2008

Motif

Erm...sabar je la...sabar la hati. Tapi saya tidak mampu menipu diri sendiri. Saya penat hidup dalam kepura puraan. Saya tidak tahu apa motif sebenar dia. Hendak tunjuk gambar gambar kegembiraan mereka? Tolong lah ....saya sudah menjauhkan diri saya dari kalian. Jangan siksa saya lagi. Jangan buat saya berperang dengan perasaan saya. Saya sudah letih ..saya sudah penat..saya sudah terlalu lelah.. cukup cukup lah...

Ya Allah....