Wednesday, October 08, 2008

Terusik

Membincangkan tentang poligami membuatkan hati saya sedikit terusik. Hati saya benar benar tersentuh. Seperti biasa..saya tidak tahu mengapa dan kenapa. Saya teringat episod kisah saya bersamanya. Tatkala akal di paras sedar yang paling optimum, saya muhasabah dan menilai kembali diri ini. Mengapa saya boleh terjebak dalam kancah cinta milik insan lain. Saya pasti hanya saya yang bertepuk sebelah tangan. Tapi diri nya yang seolah memberi harapan kepada saya..membuatkan saya terus mengharap pada sesuatu yang saya pasti tidak mungkin saya kecapi. Akibat nya sehingga kini ia seakan menjadi kudis dan beban pada saya, mencari sesuatu yang milik orang lain menjadi kepuasan. Saya menjadi sedikit berdendam. Saya kejar...tapi pada masa yang same melarikan diri. Saya cuba mendekati ..tapi dengan pantas saya menjahui. Saya kah merpati putih?
Namun apabila ia menjadi bencana dalam keluarga saya...saya semakin menginsafi diri. Perit nya apabila orang yang kita sayang menjadi rebutan insan lain..dan lebih pahit..jalan yang di pilih berlawanan dengan fitrah manusia yang normal. Adakah ini satu jalan hidayah yang saya mohon selama ini. Dalam ujian yang melanda saya benar benar bersyukur. Mungkin inilah yang dikatakan setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Untuk entah keberapa kali, saya menanamkan azam..biarlah episod lalu menjadi renungan dan pengajaran yang paling berguna buat saya. InsyaAllah dalam setiap akhir solat saya...saya akan sentiasa mendokan kebahagian dia dunia dan akhirat.

Untuk "kamu", kita lihat permainan siapa lebih hebat. Selagi hayat di kandung badan kan saya pertahan kan keluarga saya. Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesunggunhnya jampi serapah, tangkal azimat serta sihir ilmu pengasih adalah syirik”..Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah dan Al- Haakim. Hadissahih.

Wednesday, September 03, 2008

Lihat tapi tidak memandang

Saya tidak rasa apa apa..mungkin semangat yang di bawa oleh kitab pegangan umat islam ketika itu ada bersama saya. Sedikit pun tidak ada rasa simpati diri nya pada saya kah? Erm...entah lah..itulah yang di namakan manusia. Kalau dia manusia..apa pula diri saya? Saya akui saya juga manusia yang lemah selemah nya dan pastinya lah saya lebih lemah daripada diri nya. Kekadang saya tewas, kekadang saya rase kemenangan bersama saya. Tidak mengapalah saye berinye ruang..kerana saya juga perlukan ruang..
Tapi ramadhan ini tidak ada kah peluang untuk mendapatkan cerita sebenar dari mulut nya? Atau dia memang sudah buang saya jauh jauh daripada kamus hidupnya? Atau saya ini hanyalah mimpi ngeri buat diri nya?
Satu soalan saya..betulakah dia juga pernah menangis dengan apa yang berlaku antara kami? Kalau benar terimah kasih walaupun saya sendiri tidak tahu kalau dia menangis pun ..atas apa sebab? Sebab kesengsaraan saya? Sebab dia yang rasa sengsara? Atau..lebih jauh dari itu..yang mungkin bisa membuatkan semua orang menangis atas episod lakonan dua insan manusia saya dan dia?
Kami terus lihat..namun tidak memandang....kami? atau hanya saya?...

Wednesday, August 13, 2008

Macam macam ada

Entah kenapa saya rase rindu sangat..Rindu pada bende yang saya tak tahu apa dia..kenapa ek?Noktah!
Jumaat neh saya ada appointment untuk interview bertulis. Saya berharap Allah dapat mempermudahkan segala urusan saya zahiriah dan batiniah.Noktah!
Sudah dua hari saya tidak kerja. Boss ensem bagi cuti dua hari sebab network in maintenance.Yeh..kerje saya sepenuh nya bergantung sepenuhnya pada server. Ini menambahkan lagi jumlah jam saya mengadap komputer dalam sehari.Makin tebal le..cermin mata saya ek.Noktah!
Saya sakit dah seminggu. Hari neh saya rasa dah kurang, mungkin boleh di kategorikan sudah baik. Saya cuba buat tidak tahu. Tapi nampaknya orang sekeliling perasaan keaadaan diri saya. Yo la..klu dah jalan tertunggek tunggek apa cita lak kan. Noktah!
Ada beberapa perkara yang saya rancang tidak dapat diselesaikan.Perlu ditundakkan, mungkin jua perlu di lupakan.Ahaksss..Pendek kata..kerana keadaan kesihatan diri yang tidak seberapa..menjadikan banyak kerje tertunda..apa apa pun saya perlu berusaha dengan lebih gigih.Noktah!
Esok saya ade exam la....good luck for me..
Bila time cenggini la..pewut saya seringkali lapaq..ahaksss..

Friday, July 25, 2008

Saya kena marah?

Memang sakit..sebak..perit..pedih..
benar bagai di kata...kita pasti dapat apa yang kita usahakan...cuma berbeza cara dan perjalannya...

Wednesday, June 25, 2008

Siapa?

Ramai orang tanya mengapa tikus ensem? Siapa tikus ensem. Hahahahaha..tergelak besar saya.
Siapa ek?
Tikus ensem adalah sahabat yang saya mula mula kenal menerusi chat room. Hahahahaha....bila ingat balik rasa nak tergelak...dan kami masih bersahabat sehingga sekarang. Cuma tidak rapat.Apa apa pun dia adalah lebih daripada sahabat di dunia chating sebab rupa nye 'tikus ensem' neh orang yang dekat dengan kehidupan seharian saya di kampus...pendek kata..memang saya kenal..agagagagaga.Dia pun tahu saya menciplak sebahagian id dia.
Mengapa 'cinta sitikus ensem'?
Saja...saya kan suka menaikkan popularity orang lain. Erm...id neh saya dapat idea apabila..saya ternampak id 'cinta siberuang merah'. Saya tidak tahu siapa...tapi saya cukup suka dengan id tuh.
Itulah sejarah wujudnya watak "cinta sitikus ensem" sehingga kan saya abadikan sebagai nama blog saya.

Monday, June 23, 2008

Bermula

Hari ini saya mula bekerja di tempat baru. Letih la juga. Nampak macam senang...tapi melotih kan rupa nya. Tak tahu la dapat bertahan berapa lama. he he he he he. Manager pun sporting and hensem la juga..tapi indian ma...:p hahahahaha. Ok lah..tak ada idea nak cerita...tapi ada satu topik yang saya simpan. Kemudian hari kalau berkesempatan dan diizinkan Allah saya raya post kan di blog ini. Topik nya..saya dapat setelah membaca satu dua buku.tata..
Erm...di kesempatan ini juga..saya nak ucap kan selamat hari bapa..pada DIA. Saya tahu dia tak baca pun blog saya. Tapi saya tetap mahu ucap kan.Saya sudah pun sms pada nya. Seperti biasa tiada balasan.

Tuesday, May 13, 2008

Faham atau paham?

Entah kenapa saya rasa sedih sangat..sedih sehingga mahu mengalirkan air mata.. makin di tahan semakin sebak rasa di hati..Saya terasa dengan apa yang berlaku..mungkin tiada niat nye..mungkin tindakkannya tiada langsung berkaitan dengan saya...tapi..saya rasa amat berkecil hati...
Di kejauhan ini saya minta maaf andai gurauan saya membuatkan nya dia rasa tidak selesa..tapi saya harap dia paham..antara gurauan gelak tawa senyum manis puji hina..di mana kedudukan diri saya yang sebenar ketika itu....ingin menyatakan walau sudah memutuskan...ingin meluahkan walau sudah berjanji...ingin rasa dimerngertikan walau sudah jelas...seperti yang pernah terjadi..saya tidak tahu apa yang saya mahu..apa yang boleh saya mahu dan apa yang perlu saya mahu..
Saya ingin dia paham tanpa saya menyatakan....tapi mengapa saya tidak paham kedudukan nye walau sudah jelas ia memberi JAWAPAN?

Monday, May 12, 2008

Selamat Hari Ibu

Hadis Sahih Bukhari,
Dari Anas r.a, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: " Tidak (sempurna) iman seseorang kamu, sebelum ia lebih mencintai aku daripada mencintai ibu bapaknya, anaknya dan manusia umumnya."
Selamat Hari Ibu...

Friday, April 04, 2008

Jawapan

Mereka rasa gembira.Tapi pernahkan mereka fikir ape yang saya rasa. Adakah kegembiraan dalam hidup saya. Saya pernah jatuh cuma saya tidak mahu tersungkur untuk kali kedua. Saya pernah hancur tapi saya tidak mahu berkecai untuk kali kedua. Saya terima salam persahabatan ini. Adakah kerasa saya sudah matang..maka nye saye lebih tenang..untuk berfikir sebelum bertindak. Mungkin masa nye belum tiba...tidak mengapa lah..kalau perlu tunggu setahun lagi..atau sepuluh tahun lagi..kerana saya masih mampu tersenyum pada nikmat NYE.

Friday, March 28, 2008

Independent

Erm...bila ada orang hendak bercerita pasai sifat berdikari dengan saya....saya hargai....dan saya hormati..tapi..kalau la mereka melalui ape yang saya lalui..saya pasti mereka akan lebih memahami apa itu maksud seorang yang berdikari.
Saya manusia yang penuh kelemahan...sehebat mana pun..saya masih bergantung hidup pada pencipta sekian makhluk di muka bumi ini. Subhanallah