Nur kasih
Sekarang saya berada di tempat baru bagi mencari sesuap nasi untuk seisi keluarga. Hati saya begitu gembira melihat kebahagian yang terpancar di wajah wajah mereka yang sentiasa berdampingan dengan saya ketika susah dan senang. Alhamdulillah...
Dalam terus melangkah mencipta kejayaan..dia tetap tidak pernah terpisah jauh dari saya. Saya tahu..dia sedang menuju bahagian bersama teman yang dia pilih. Ketika saya berusaha menidakkan perasaan ini, dia juga bergitu gairah membina mahligai. Walaupun hati yang terluka masih pedih..saya tidak pernah bertindak kejam dengan keputusan nya. Saya sentiasa mendoakan agar Allah permudahkan segala urusan mereka berdua. Biarlah saya yang merasai perit nye ujian dunia ini..kerana saya yakin saya lebih bertuah kerana menjadi pilihan Allah untuk melalui semua ini. Memang terlalu sakit, perit, pedih dan menghiris setiap inci nadi ini. Saya berusaha memujuk diri agar menerima nye sebagai hadiah dari Nya.
Tapi sebagai wanita yang di cipta dari tulung rusuk kiri lelaki yang bengkok, kadangkala saya terlalu lemah untuk menghadapi semua ini. Hanya dengan doa agar Allah mengampun segala dosa saya. Saya masih berusaha mencari ketengan dan sinar nur kasih dari Nya. Saya tahu, rahmat Allah terlalu luas. Hanya saya yang perlu lebih mencari nya.