Wednesday, March 25, 2009

Suara hatiku

Ya Allah pilu nye hati saya. Awak, sebab saya sayang lah saya buat begitu walaupun sebenar nya hati saya begitu berat. Awak tanye jikalau berat kenapa suruh..saya tak suruh cuma kerana terlalu sayang kan awak lah..saya buat begitu. Awak tak nampak macam mana bercucuran air mata saya tatkala saya menyampaikan cerita itu pada awak. Tapi saya sedar..saya bukan sapa sapa pada awak. Saya tak pandai menjaga hati awak. Saya selalu buat awak sedih. Saya selalu meragui awak. Saya selalu bersangka buruk pada awak. Saya tidak pandai memujuk seperti dia. Saya bukan sahabat yang baik buat awak. Melihat itu semua saya menjadi malu pada diri sendiri. Siapa saya untuk awak? Sedangkan dia lebih sempurna. Semua orang mendoakan kebahagian awak dengan dia. Tapi saya? Dapat tak awak bayangkan macam mana perasaan saya terpaksa berpura pura gembira dengan semua itu. Mungkin silap saya..mengharapkan sesuatu yang terlalu sukar menjadi milik saya. Awak di puja insan insan permerhati seperti saya.Tapi saya? Terus memendam rasa..kerana kedhaifan diri saya sendiri. Awak terlalu baik. malah dia juga terlalu baik. Tapi saya?

Tapi saya harus kuat untuk semua ini. Sayang saya hanya mainan dunia. Saya kena sedar..apa yang berlaku sudah tertulis olehNYA. Hanya itu lah kekuatan saya. DIA yang menghadirkan perasaan ini. DIA juga yang berkuasa menghilangkan perasaan ini. DIA yang menghadiahkan saya perasaan ini. Dan DIA jualah yang berhak mengambil nya semula.



Matahariku