Thursday, January 22, 2009

Amin Ya Rabbal A'lamin

Saya saja bertanya mengenai ilmu i'rob. Hehehehe pakcik tuh memang tak mahu bagi..kerana..tentang ini saya ada jawapan nye kenapa. Tapi..pakick ini memberi saya satu doa..saya tidak pasti doa apa..kerana tidak sempat bertanye..tapi saya amat suka..dengan bait bait ayatnya. Kalau saya ada masa nanti saya selidiklah mengenainya K!!

Doa Jodoh
Seandainya telah engkau catatkan
Dia milikku tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagian antara kami
Agar kemesraan itu abadi
Dan Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi
Tetapi Ya Allah
Seandainya telah engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan
Serta Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku bisa bahagia
Walaupun tanpa bersama dengannya
Dan Ya Allah Yang Tercinta
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya
Ya Allah Ya Tuhanku
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini
Ya Allah
Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini
Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini mahupun di akhirat
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yg beriman
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina
kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh
Amien

Monday, January 05, 2009

Sajak sempoiku

Aku sekadar manusia biasa,
Aku hanya insan yang biasa,
Aku tidak seperti mereka, mereka lain, aku lain,
Aku tidak tahu apa ada pada diri mereka,
AKu juga tidak tahu apa ada pada diriku,
Namun aku tahu, aku manusia, dan manusia semestinya punya rasa, hati dan perasaan.

Aku tidak tahu apa aku rasa,
Tapi aku yakin aku mempunyai rasa.
Aku tidak tahu apa ada pada hatiku,
Tapi aku yakin aku mempunyai hati.
Aku tidak tahu apa perasaanku ketika ini,
Tapi aku mempunyai perasaan tatkala melihat kesedihan dan kegembiraan.

Aku sekadar manusia biasa, yang mempunyai rasa, hati dan perasaan.
Perbezaanya aku tidak dapat menilai dengan sedalam nya kerana ia adalah rahsia antara aku dan yang Maha Pencipta.