Friday, December 05, 2008

Dulu, kini mungkin selamanya..

Dua tahun yang lalu...
"Saya bukan benci dan tak pernah membenci sesiapa. Cuma tidak mahu awak jauh berhasrat dan berharap. Jadi saya buat demikian tujuan untuk awak juga. Tumpukan pada pelajaran. Saye doakan kesejahteraan awak dan bakal yang awak akan jumpa kelak. Moga bersama dunia akhirat.."

Beberapa minit yang lalu...
"Tidak mengapalah..saya lebih rela melihat awak bahagia dengan insan yang lebih sempurna...insyallah...maafkan diri ini seadanya.."

Jawapan yang hampir sama..wajah yang hampir sama..keperibadian yang hampir sama..

Kalaulah dengan kejujuran begini akhirnya...saya ucapkan terima kasih awak. Nampak nya pengalaman lalu tidak mampu mengajar saya sepenuhnya. Saya seolah tewas untuk kali kedua. Saya benci makna kejujuran...kejujuran buat saya kecewa..kejujuran buat saya sedih..kejujuran buat saya....

Tuesday, December 02, 2008

Ada dalam tiada.

Biarlah "ayat ayat cinta" saya yang bercerita..kerana saya perlu yakin pabila tiba masa nya kita semua kan tahu setiap inci dan cebis pada setiap tanda tanya dan apa jua persoalan. Maafkan saya, saya tidak mampu menjawap pada sesuatu yang saya sendiri tidak pasti. Sehinggakan saya juga tidak pasti, benarkah saya tidak pasti, atau saya buat buat tidak pasti atau memang saya pasti tapi saya tidak pasti adakah saya pasti atau tidak. Terlalu sukar bukan?
Pengalaman lalu membuatkan saya takut pada jawapan saya sendiri...membuatkan saya takut pada keputusan saya sendiri. Saya memerlukan jawapan dan keputusan orang lain. Saya memerlukan orang lain membawa saya lari jauh dari kesetiaan saya pada kisah yang lampau. Izinkan "ayat ayat cinta" saya terus bercerita. Mungkin dari situ kita sama sama menemui jawapan bagi setiap kemusykilan. Kerana sekali "ada" jawapan nya kita sudah tidak mampu menidakkan dan menafikan nya.

Ayat Ayat Cinta-Rossa
Desir pasir di padang tandus segersang pemikiran hati terkisah ku di antara cinta yang suci
Bila keyakinan ku datang kasih bukan sekedar cinta pengorbanan cinta yang agung kupertaruhkan
Maafkan bila ku tak sempurna cinta ini tak mungkin ku cegah ayat ayat cinta bercerita cinta ku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama namun harus ku tingalkan cinta ketika ku bersujud.