New semester sudah bermula. Alhamdullilah saya lulus semua subjek pada peperiksaan yang lepas. Dalam keadaan yang sedikit kacau..saya berusaha sehabis daya. Bila saye teringat semula bait kata katanya....hati saya menjadi sayu dan sebak..dan semua itu menjadi semangat saya menempuh nya dengan tabah."mak tak payah lah cerita dekat adik..kesian dia..dah nak exam ". Saya yang mendengar dari kejauhan, terasa amat hati ini seperti di siat siat. Dalam keadaan diri nye yang bertimpa timpa pelbagai ujian masih mampu memikirkan kepentingan saya sebagai adik nya. Tapi saudara saya sendiri? Mengapa tidak dihargai semua jasa nya selama ini? Ermmm...
Lagi beberapa hari sahaja akan menjengah bulan Disember. Saya takut untuk menghadapi nya. Saya takut dengan seribu kemungkinan yang bakal berlaku. Saya takut dengan keputusan kedua dua pihak. Saya takut dengan keputusan mak, saya takut dengan keputusan kakak dan saya takut dengan keputusan saya sendiri...
Ya Rahman Ya Rahim berilah kami kekuatan menghadapi ujianMu, tabah dengan dugaanMu dan redha dengan apa jua ketentuan daripadaMu.