Friday, March 28, 2008

Independent

Erm...bila ada orang hendak bercerita pasai sifat berdikari dengan saya....saya hargai....dan saya hormati..tapi..kalau la mereka melalui ape yang saya lalui..saya pasti mereka akan lebih memahami apa itu maksud seorang yang berdikari.
Saya manusia yang penuh kelemahan...sehebat mana pun..saya masih bergantung hidup pada pencipta sekian makhluk di muka bumi ini. Subhanallah

Wednesday, March 19, 2008

Selawat Syeikh Muhammad Al Badiri

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Wahai Allah, Rahmatilah dan kurniakanlah kesejahteraan ka atas penghulu kami Muhammad, pembuka dan penutup, rasul ynag sempurna, pembawa rahmat dan yang mencakup segala-galanya.Rahmatilah juga ahli keluarga, sahabat-sahabat dan rakan taulannya yang dikasihinya sebanyak mana bilangan yang diketahui Allah dan kekekalan Allah, dengan selawat yang menyebabkan Engkau yang Allah, Tuhan kami redha dengannnya dan menunaikan haknya. Aku meminta sebaik-baik persahabatan dengannya dariMu, aku juga memohon semudah mudah jalan dariMu, amalan yang paling soleh, tempat yang paling luas, kehidupan yang selesa, rezeki yang sebaik baiknya dan seluas luasnya.

Tuesday, March 11, 2008

Kenangan lagi..

20 March nanti bersamaan 12 Rabiul Awal..adalah sempena sambutan kelahiran Nabi junjungan kita yang mulia. Semoga akan banyak selawat di ucap kan.. sebagai tanda kecintaan kita kepada baginda...
Tinggal beberapa hari lagi hari itu akan menjelma. Bila tiba tarikh itu..maka genaplah..setahun saya terputus hubungan dengan diri nya. Semakin tiba hari itu..semakin kuat saya mengingati nya. Hmmm....dugaan apa kah ini?
Masih jelas terbayang di mata..saya melihat dia berlalu pergi meninggal kan saya keseorangan. Saya menyusuri langkah nye dengan ekor mata saya sehingga dia hilang dari pandangan mata di tenggelami lautan manusia.Masih jelas terbayang di mata sinar matanye..ketika pertama kali saya bertentang mata dan melihat wajahnya. Masih jelas terbau haruman wangian yang dipakai. Saya ingat semua itu.
Saya mahu buang semua kenangan itu. Buang semua gambar gambar nye..tapi terlalalu berat untuk saya menekan butan delete. Sudah lama saya tidak menatap gambar gambar nya. Tapi musti berusaha membuang semua kenangan itu. Walaupun ia indah tapi terlalu pahit untuk di kenang.
Saya ingin menghubungi nya..tapi jejari ini terlalu berat untuk menekan punat no di telephone bimbit saya. Saya hanya..mampu merenung melihat..no nye sahaja.
Saya ingin membenci nya sebagai usaha melupakan nya..tapi..saya tak mampu..alahaiii...berapa lama lai kah kenangan ini akan terhapus..
Adakah pabila saya terkenang kan dia..kerana dia jua merindui saya?

Monday, March 03, 2008

Saya tidak mahu

Saya tidak mahu berperilaku seperti itu. Itu bukan saya. Saya tidak begitu. Saya rindukan saya yang dulu. Kemanakah ia menghilang. Kemana ia membawa haluannya. Saya ingin menjadi...saya yang dulu. Saya tidak begini...saya keliru...saya rasa tertipu..saya rasa menyesal...saya rasa bersalah.. saya memerlukan pembimbing. Tapi siapakah yang sudi membimbing saya. Saya rindu pada sesuatu yang hilang. Saya mencari mencari arah yang hilang. Saya seolah olah sesat pada jalan yang lurus...saya meraba pada terang cahaya..saya..keciwa pada sesuatu yang membahagiakan..saya tidak tahu..apa yang saya mahu...saya benar benar keliru...Ya Allah..dosa apakah yang menghalang ketengan dalam hidup saya ini?