Sebaik baik ilmu pengetahuan.
Diantara ciri ciri kebahagian dan kemenangan seorang hamba adalah apabila ilmu pengetahuan bertambah, bertambah pula kerendahan hati dan kasih sayangnye. Setiap bertambah amal amal soleh yng di lakukannya, bertambah pula rasa takut dan kehati hatiannya dalam menjalankan perintah Allah. Semakin bertambah usianya, semakin berkuranglah ambisi ambisi keduniaannya.
rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, " semua anak Adam (manusia) sering melakukan kesalahan (dosa) dan sebaik baik manusia yang melakukan dosa ialah orang orang yang suka bertaubat." (HR Tarmizi)
Hidup di dunia ini hanya sementara. Kita hanya di singgahkan sebelum meneruskan perjalanan menuju kehidupan abadi kelak. Hidup harus ada matlamat, sebagaimana juga jika melakukan sesuatu perkerjaan pastinya kita mahu kerja tersebut selesai seperti yang dijangkakan. Juga kita mahu mencapai hasil terbaik dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.
Lumrahnya, kita semua mahukan yang terbaik dalam semua hal. Makanya, jika menginginkan yang terbaik kita harus melakukan usaha sebaik mungkin. Bagai ungkapan bermakna ini, "Benih yang baik menghasilkan pokok yang subur dan buah yang juga baik," Dengan izin-NYA setiap sesuatu yang baik pasti akan mendapat imbalan baik juga. Namun, hamba mana yang tak pernah diuji dan mudah mudahan kita tidak terlalai dan terlupa untuk bersyukur kepada-NYA.
Jika kita mahu orang berbuat baik terhadap kita, kita juga harus berbuat kebaikan kepada semua orang. Mudah mudahan kita tergolong dalam golongan yang sentia ikhlas dan bersih hati tatkala melakukan kebaikan kepada orang lain. Moga kita terhindar daripada manjadi di kalangan orang orang yang sentiasa mempunyai niat lain.
Rasullullah s.a.w bersabda, " Barangsiapa yang menginginkan dunia, wajib dengan ilmu. Barangsiapa yang menginginkan akhirat, wajib dengan ilmu. Dan barangsiapa yang ingin kedua duanya maka wajib dengan ilmu juga."
Dari meja Pengarah Urusan MOY Datuk Md Othman Hj Yusuf.