Aktiviti gelombang otak
Gelombang otak terbahagi kepada empat peringkat yang berlainan daripada segi fungsi serta kegiatan otak itu.
1. Peringkat beta
Manusia yang berada pada peringkat ini adalah mereka yang sedang menyelesaikan masalah yang mencabar ataupun sedang berfikir dengan penuh fokus, berbincang, menganalisis, menduduki peperiksaan dan mengualang kaji pelajaran. Pada masa ini otak berfikir secara konsentrasi. Namun apabila oatak berada pada peringkat ini ia jarang dapat menyelesaikan masalah secara kreatif. Peringkat beta menyebabkan perasaan berada dalam keadaan tertekan, bingung, marah dan kecewa. Pada peringkat ini pertimbangan akal adalah minimun. Syaitan pula tekun menjalankan peranannya membisikkan perkataan dalam hati manusia. Sebab itu agama menyarankan kita sentiasa berada dalam keadaan tenang.
2. Peringkat alfa
Pada masa ini kita berada dalam keadaan tenang, santai penuh dengan angan-angan serta melakukan kerje yang tidak memerlukan konsentrasi. Pada tahap beta kita hanya dapat menggunakan lima pancaindera sahaja iaitu pendengaran. penglihatan,bau, rasa dan sentuhan.Tetapi pada tahap alfa, kita ada satu lagi deria tambahan di panggil extra sensory perception di mana melibatkan kejiwaan (intuisi/gerak hati/sukma rasa).
3. Peringkat theta
Pada saat ini kita berada dalam keadaan tenang yang tiada tolak bandingnya. Manusia yang berupaya mencapai peringkat theta adalah orang orang yang terlibat secara khusyuk dengan aktiviti kerohanian. Pada peringkat theta juga daya intuisi (gerak hati) dapat dipertingkatkan. Orang yang berada pada tahap thete adalah orang yng tiada pendinding anatara dirinya dengan tuhan.
4. Peringkat delta
Ini adalah peringkat yang berlaku semasa kita tidur ataupun dalm keadaan tidak sedar.
Rujukan: Kuasa Minda Separa Sedar oleh Mohd Rozani Pawan Chek