Thursday, March 29, 2007

Sebalik malam

Alhamdullilah syukur kepada Allah semuanya selamat insyaallah. Apa yang penting kita sebagai manusia yakin dengan kehebatan kalimah kalimath NYE. Terima kasih juga kepada saudara saudara ku kerana turut membantu.Pengalaman yang tidak mungkin dilupakan dan melalui pengalaman lalu juga, banyak mengajar diri melalui permainan ini dengan tenang :p (gelabah gak sebenarnya..)
Semoga Allah terus melindungi ku dan sahabat sahabat ku.
"Sesungguhnya syaithan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah ia sebagai musuh.” (Al-Fathir: 6)

Tuesday, March 27, 2007

Selawat untuk kekasihku

Allahhumma sollia'la saiyidina Muhammad, solatan towasiu' biha alainal aqsark, watuhas sinubiha lalal akhlaq waa'la alihi wasohbihin wassalim..
Wahai Allah rahmati dan kurniakanlah kejahteraan atas Muhammad rasulullah dan selawat yang dapat merapatkan rezeki kami. Dan menjadikan baiknya akhlak kami. Dan curahkanlah kesejahteraan atas keluarga dan para sahabatnya...

Tuesday, March 20, 2007

Jangan

Jauhilah perselisihan atau diskusi buta dalam perkara perkara yang masih bersimpang siur. Sebab hal itu dapat menyempitkan dan menodai hati nurani. Janganlah cuba untuk memuaskan manusia dengan perkra perkara yang masih banyak mengandungi perdebatan. Ungkaplah permikiran dengan tenang tanpa tekanan, suara keras, dan wajah yang masam.
Jauhilah banyak membantah dan banyak mengkritik. Hal itu akan membuat tetengan hati hilang dan membuat wajah tidak baik. Ucapkanlah kalimah yang sopan dan penuh cinta jikalau ingin menarik hati dan jiwa orang lain ( Dr. Aidh bin Abdullah Al-Qarni)

Tuesday, March 13, 2007

Kasih cinta

Kasihi anak anak itu kerana kasih Cinta ada pada mereka.

Wednesday, March 07, 2007

My Heart


Merindui dia yang tidak pernah Cinta jumpa.

Tuesday, March 06, 2007

Hakiki dan abadi

Cikgu: Apa kelebihannya yang awak nampak sampai awak tidak boleh lepaskannya. Agamanya? Bukankah ramai pemuda lain yang tinggi agamanya? Jadi itu bukan sebab agamanya. Inilah yang dikatakan cinta pada rupa. Setiap manusia menilai wajah mengikut selera masing masing. Kerana cantik itu perkara subjective. Kadang kadang kita lihat seseorang itu sebagai sempurna memenuhi apa yang kita hendak, agama, rupa, penampilan, sahsiah, budi dan tutur kata, tetapi kadang kadang kita lupa setiap yang telah dijadikan itu ada pasangannya. Kita hanya boleh berserah kerana semua itu ketentuannya. Apabila takdir menyebelahinya kita maka bersyukurlah dan apabila takdir tidak menyebelahi kita maka bersyukurlah juga. Kadang kadang Allah datangkan satu benda yang memedihkan kerana akan datang sesuatu yang sangat indah. Sakit ketika hendak melahirkan anak sangat sakit, pedih, hampir menggadakian nyawa, tetapi apabila lahirnya anak tersebut maka barulah kita sedar segala keperitan tadi hanyalah perkara kecil demi mendapatkan perkara yang lebih besar dan bahagia. Begitu juga jika kita rasa pedih, tidak dapat menerima, sedih, pilu, perit, tetapi perlu difikirkan positive, sebab mungkin Allah telah aturkan sesorang yang terbaik, mungkin seseorang yang dijanjikan syurga, yang dijanjikan syahid keatasnya, yang akan bersama para anbiya’. Maka alangkah bahagiannya kita ketika itu. Kerana itu juga tiada sebab perlu bersedih.
Kita seabgai manusia perlu bersangka baik dengan Allah kerana Allah itu amat mengasihi hambanya. Sesungguhnya Allah tidak akan memberati hamba hambanya dengan ujian yang tidak mampu kita tanggung. Firman Allah taala “ dan bagaimana kamu mengatakan kamu beriman sedangkan kamu belum diuji?”. Lihat kadang kadang ujian itu datang untuk menguji keimanan kita dan juga meninggikan martabat hambanya. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud “ Dan orang orang yang beriman itu apabila didatangkan cubaan mereka memuji muji tuhan mereka”. Maka disini ketika bala pun kita memuji Allah, ketika bahagia pun kita memuji Allah ini kerana sesungguhnya Allah akan tambahkan nikmat ke atas hambanya yang bersyukur. Dengan itu tidak perlulah kita bersedih “ la tahzan!”. Dengan senyum ia dapat mengubati hatimu. Sejuta masalah akan menjadi ringan apabila kita senyum dan bertasbih.
Dalam mencari cinta hakiki, cinta sejati, hanya perlu kembali kepadanya. Bercinta dengan al-Malik amatlah bahagia kerana sesungguhnya al-Latif tidak pernah menyakiti hati kita dan ar-Rahman itu jua tidak pernah memungkiri janji nya. Letakkan Allah mengatasi segalanya. Rindu dan kasih kita hanya untuk Allah. Hidup dan mati kita hanya untuk Allah. Mengapa ketika solat kita baca “innasolati, wanusuki, wama yahya, wamama ti, lillahirobbil alamin? Tapi kita masih berdusta terhadap Allah. Kita kata solat ibadat dan hidup kita kerana Allah tapi zahirnya semuanya kerana manusia. Kerana si polan bin si polan atau kerana si anu binti si anu. Firman Allah lagi “ dan sesungguhnya Aku jadikan jin dan manusia untuk beribadat kepadaku”. Lihat dalam ayat tersebut tidak disebut “dan aku jadikan jin manusia untuk bersenang lenang di dunia”. Renungkan firman Allah ini pula “Dan apakah kamu menyangka kamu dijadikan di dunia ini unutk bermain main? Dan kamu tidak akan dikembalikan?”. Lihat Allah perli manusia yang selalu lalai dengan cinta kepada dunia dan manusia. Allah perli, tegur manusia dalam Al-quran tapi kita jarang sekali merenung ayat ayat nya. Maka dengan itu lupakan apa yang sudah berlalu, kejarlah cinta hakiki dan abadi, iaitu cinta ilahi. Menjadi hambanya yang mendapat kerahmatan dan keampunan disinya. “ Dan apabila mereka bersyukur, maka kami akan tambah lagi nikmat keatas mereka”. Dengan itu bersyukurlah dengan apa yang berlaku nescaya akan datang rahmat dan nikmat keatas kita semua.
Kita diberi pilihan samada untuk terus bersedih atau sebaliknya. Cuma perlu diingatkan manusia yang berputus harapan dengan Allah akan dibiarkan bersendirian. Keputusan terletak di tangan kita sendiri. Pilih untuk terus bersedih dan Allah terus biarkan kita dalam keadaan begitu atau mulakan hidup baru dan Allah akan tunjukkan jalan kepada kita. “sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib suatu kaum melainkan mereka sendiri mengubahnya”.
Cinta: :)

Friday, March 02, 2007

Tafakur

Tafakur terhadap Allah
Tafakur terhadap kejadian diri
Tafakur terhadap nikmat Allah
Tafakur terhadap alam kubur
Tafakur terhadap masyhar